09 January 2013

M.A.I.D - Suri Ryana


ni novel Suri Ryana yang ke dua aku baca... tapi sebenarnya ni anak sulung Suri Ryana.... 

mengisahkan bagaimana si gadis bernama Noorul cuba mendapatkan pekerjaan dan kerana terdesak, sanggup ke Agensi pekerjaan untuk menjadi pembantu rumah. Diayang pada asalnya seorang yang x tahu memasak akhirnya mendapat pekerjaan kepada Harris di sebuah Penthouse di Penang.Pada hari pertama, di terlanggar seorang jejaki yang agak sombong. tanpa diduga, jejaki itulah majikannya.  Pertemuan kali kedua juga terjadi bila Noorul dan sahabat baiknya Iman terlanggar sekali lagi Haris  di pasar malam dan menumpahkan sos kerepok ke baju Haris... hasilnya, dia juga yang kena mencuci baju tersebut.

Harris terlampau cerewet hinggakan Noorul menggelarnya sebagai Mr. F for Fussy. Setelah itu, Noorul berkenalan dengan Haikal adik Harris yang secara tidak sengaja bertandang ke rumah kerana mahu mengambil barang. Satu ketika ketika melarikan diri dari Asyraf, lelaki yang bakal menjadi suaminya, Noorul terserempak dengan Haikal dan pecahlah rahsia bahawa Noorul merupakan pembantu rumah Haris.

Noorul hampir dipecat oleh Haris namun atas "jaminan" Haikal, Noorul masih kekal sebagai pembantu rumah. Iman, Haikal dan Noorul semakin rapat. Sehinggakan Haris melamar Noorul menjadi kekasihnya. Noorul menolak secara baik kerana baginya, dia lebih menyukai Mr.F walaupun dia tahu, x mungkin Mr. F suka kepadanya.

Satu kejadian berlaku di mana Haris dan Noorul terpaksa berkahwin bagi mengekalkan reputasi perniagaan keluarga Haris kerana tersebarnya fitnah mengatakan Noorul sebagai perempuan simpanan Haris. Aku sendiri sebenarnya tidak menjangka mereka berkahwin kerana tidak ditangkap khalwat.... hehhehe.. x macam novel² yang di baca sebelum ini.

Kehadiran Zaura yang cepat mesra dengan Noorul merapatkan hubungan Harris dan Noorul... bagaimana  cinta mereka bersemi tu kena bacalah sendiri... dan memang aku rasa, novel ni lain dari yang lain sikit jalan ceritanya....

Rate: 4/5

No comments:

Post a Comment