12 February 2018

Mungkin Bukan AKu - Hani Fazuha




“YA! Zara curang.” Pengakuan si isteri buat Harraz terkaku. Kenapa Zara sanggup lakukan ini? Bukankah rumah tangga mereka sedang bahagia? Apa lebihnya Zill berbanding dirinya?



Jawapan pada persoalan itu hanya ada pada Zara. Tapi apabila Zara memilih untuk membisu, apa pilihan yang Harraz ada? 

“I tak akan ‘lepaskan’ you. Tapi I tak mahu you muncul depan I.” – Harraz
“Aku bukan mahu jadi perosak, Zara. Tapi, aku tak sanggup tengok kau menderita.” – Zill

Dulu....Harraz dan Zill, dua sahabat yang sangat mencintai Zara tapi, mereka tetap kekal sebagai sahabat walau Zara memilih Harraz. Kini... dua sahabat bagai bermusuh. Dan kali ini Zara tidak memilih sesiapa.

Sekian lama terpisah, mereka ditemukan kembali dengan kebetulan yang menyakitkan. Zara perlukan duit dan Harraz hulurkan bantuan bersyarat. 

“One night stand with me, duit 100k tu akan jadi milik you.” – Harraz.

Apakah itu nilai seorang Zara di mata Harraz? Kalau ikutkan, Zill mampu bayar lebih jika Zara mahu. Tapi masalahnya, Zara tidak mahu membuat pilihan. Dan Zara juga tidak mahu berterus terang. 

Kisah silam yang menyakitkan itu, apakah ianya benar-benar berlaku? Antara Harraz dan Zill, siapa sebenarnya yang lebih layak untuk menggenggam hati Zara? 


10 February 2018

Couple - Anna Lee


STEP BACK - Kebenaran memerlukan masa.
(Sambungan Novel Aku, Dia & Pinky Promise)

Kosong.
Dia lupa segalanya. Hanya dengan secebis memori, cinta mereka bertaut kembali. Tetapi bagaiman sebahagian lagi memori? Mampukah diingat kembali? Adalkah masa lampau akan mempengaruhi masa depan mereka?

"Hidup ini memang kisah dongeng, Jadi buat je. Kisah kita mungkin pelik bagi mereka yang tak mengalaminya." - Ray


THE RING - Rahsia cuba dibongkar.
(Sambungan Novel Naskhah Terakhir Laura Isabel)

Pernikahan segera di Kota London menyebabkan keduanya terpaksa mengikut undang-undang yang ditentukan oleh si ibu. Mampukah undang-undang itu dipatuhi? Ketika keduanya cuba menyesuaikan diri, tiba-tiba muncul misteri yang membuatkan keduanya pening kepala mencari jawapan. Rupanya, masih ada rahsia yang tersembunyi. Mampukah pasangan pengantin baru itu menyelesaikan rahsia berabad lamanya itu? Macam mana dengan kehidupan baru sebagai suami isteri? Indah atau sebaliknya?
 



30 January 2018

LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU - SITI ROSMIZAH

LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU - SITI ROSMIZAH




Sinopsis:

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.


Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua. 


Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. 

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.


22 October 2017

TITIAN CINTA -RIDHYA IMAN

TITIAN CINTA - RIDHYA IMAN

Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.

“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris

“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy

“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris

Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that's the last thing I will do.” – Aisy

Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?


11 October 2017

Aku Sanggup - Hani Fazuha



Hidup ini ujian. Dan ujian paling hebat buat Adiya adalah ketika kehilangan suami di hari pertama bergelar isteri. Dia reda. Tapi, munculnya Ziyaad dengan tiba-tiba, buat redanya hanyut. 


Bagaimanakah dia boleh lupakan Akif jika Ziyaad sering buatkan dia teringatkan bekas suaminya itu? Ziyaad itu bekas adik iparnya, yang muncul dengan bayangan penuh kebencian. Yang menuduh dia sebagai pembunuh dan kaki kikis. Tapi bila sekali lagi dia dihadapkan dengan ujian, Ziyaad tiba-tiba menghulur tangan. 

“Persoalannya, kenapa Encik Ziyaad tiba-tiba nak kahwin dengan I sedangkan selama ini encik sangat bencikan I?”
"I tawarkan diri tanpa syarat, Adiya. Dan you kena percaya, peluang yang baik kadangkalanya akan datang dalam bentuk yang tak baik." 

Apakah benar perkahwinan mereka adalah peluang yang baik didatangkan dalam bentuk yang tak baik? Atau mungkinkah ini ujian berganda buat Adiya? 

“I yang peluk you tapi nama dia yang you sebut.” Berbisa ayat Ziyaad bagai racun masuk ke hati Adiya. 

Akan tergantikah cinta di hati Adiya untuk lelaki bergelar suami sedangkan dia melihat Ziyaad itu sebagai ancaman yang menakutkan?