31 May 2016

Yang Aku Cinta - Farah Husain & Anna Lee

Yang Aku Cinta - Farah Husain & Anna Lee



DEAR CINTA 2.0

Hidup Tasneem dan Ariff sudah berakhir dengan frasa ‘dan mereka hidup bahagia selamanya.’

Namun, perjalanan menuju ke destinasi hingga wujudnya Ahmad Faris tak semudah kisah fairy-tales. Banyak ujian melanda. Berkali-kali hati teruji. 
Hampir sahaja kedua-duanya tersungkur. Tapi, bak kata Ariff Hakimi, kun fa ya kun. If it’s meant to be, then it’s meant to be.

BUKAN AWAK TAPI DIA

Mana mungkin Dian cintakan si pemilik suara serak-serak basah itu jika hatinya sudah jatuh pada Hadif, teman sekampungnya.

Mana mungkin Nadeem cintakan si tukang jahit yang mulut tak ada insuran itu jika dari awal lagi hatinya sudah ditakluk oleh Balqis, model terkenal.

Namun melalui satu program reality tv keduanya ditemukan. Misi kedua-duanya sama, ingin memasuki program itu semata-mata ingin mendapat perhatian dari pilihan hati masing-masing yang endah tak endah saja kepada mereka. Tetapi, lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.

Mampukah Nadeem dan Dian miliki apa yang mereka inginkan? Mampukah hubungan keruh Dian dan Nadeem dijernihkan?

27 May 2016

Hello it's me - Anna Lee

Hello it's me - Anna Lee



Apa yang anda sanggup lakukan jika 'nyawa' anda berada di tangan orang lain?

Telefon adalah nyawanya, rahsianya, gambar, idea, manuskrip, nota, diari, password... Akaun sosial media, segalanya di telefon pintarnya.
Tiya dan Duta tertukar telefon. Dalam sebesar dan seluas dunia macam mana telefon yang sama jenis, sama warna, sama casing, sama password dan sama wallpaper, boleh tertukar?
Mustahil!
Tetapi itulah yang terjadi pada Tiya. Mulai detik itu kehidupannya yang aman damai mula huru-hara. Tiya bukan saja terperangkap dalam masalah cinta dan jodoh Duta tetapi dia juga terperangkap dalam masalah lain yang lebih besar. Yang menyebabkan kehidupan Tiya berubah 360 darjah. Yang menyebabkan dia terpaksa melawan diri sendiri.
Ada rahsia yang tersembunyi.
Ada jiwa yang akan terseksa.
Ada hati yang akan terluka.
Masih wujudkah happily-ever-after dalam hidup Tiya?
"Hello... it's me."

20 May 2016

Lelaki Pilihan Terakhir - Hani Fazuha

Lelaki Pilihan Terakhir - Hani Fazuha


Cinta buat Airis Safiya satu kepastian, bukan kepalsuan. Tapi, kenapa Aakif Hudzairi tak pernah mahu faham? Kenapa Adif Hakimi tak pernah mahu mengerti? Dan kenapa Farid Adam juga tidak mahu menerima kenyataan?

Bukankah jodoh itu rahsia DIA? Ada dalam setiap lipatan takdir manusia. Tapi kenapa mahu bersengketa sesama sendiri hanya kerana tiada jodoh yang tertulis antara mereka?

Hud yang beku. Adif yang gentlemant dan Farid yang suka bertindak di luar jangkaan. Ada ikatan persaudaraan sesama mereka dan kebetulannya, mereka suka wanita yang sama.

11 May 2016

Chinta Unlimited - Farah Husain

Chinta Unlimited - Farah Husain



Azrul Redza dan Nur Amani. Cinta terbit saat kali pertama mereka bertemu. Tapi semuanya musnah dek salah faham. 

“I ingatkan you ni berbeza. Rupa-rupanya, you’re as cheap as them...” – Azrul.
“You hold a mean grudge, Encik Azrul.” – Nani.
“Ya, kalau melibatkan soal hati dan perasaan, memang I berdendam!- Azrul.

Takdir tertulis, ada pertemuan seterusnya buat mereka. Mulanya Azrul berniat membalas dendam. Tapi, kalau memang jenis tak pernah buat kerja jahat, hatinya jadi tak tergamak. Sudahnya, dia ‘lepaskan’ sahaja Nani. Ingatkan selepas itu, hati akan lega. Tapi rupanya makin kacau dengan kehadiran Aaron.

“Dah awak dengan dia tak ada apa-apa. Tak salah saya ambil peluang kan? – Aaron.

Nani juga jadi serabut. Dia tak mahu berpaling pada Azrul tetapi dia juga tak mahu beri harapan pada Aaron. Hingga sampai satu tahap, dia terpaksa memilih Azrul untuk mendapatkan bantuan. Cumanya, bantuan Azrul bukan datang percuma! Ada terma dan syaratnya.