29 July 2013

Hariku...



 


Pergh.....hari ni merupakan hari kalut sedunia....apa tidaknya.. bermula dgn status FB dari Eve(Sabtu 27.07.13), mengatakan 2nd baby nya akan keluar pada 8.08.13.



 dan lepas sahur hari ni, Eve buat lagi status kata akan keluar hari ni, tetapi dia x confirm pulak pukul berapa.


19 July 2013

Khadijah : Kisah Cinta Sejati Rasulullah - Abdul Mun'im Muhammad



Uhh.. aku memnag ambil masa yang lama utk habiskan buku ni.. x tahu kenapa.. hehhe.. mungkin sbb sedikit lemau membaca buku ilmiah.... 

bila baca buku ni, terasa Khadijahlah wanita yang wajib dijadikan contoh oleh para wanita. wanita yang menyejukkan hati suami. yang sentiasa didambakan oleh para suami...

bertuahnya dirimu Khadijah, kerana sentiasa dirindui sang suami walaupun telah tiada di dunia ni.
bertuahnya dia kerana melahirkan anak-anak Muhammad S.a.w. 

Tabah dan sentiasa menjadi tulang belakang nabi dalam setiap perjuangan dalam menegakkan Islam...
al-fatihah..

14 July 2013

10 July 2013

Dia Yang Kucari - Cempaka Qistina





Okey.. ni blog penulisnya. Baru lagi nampaknya blog tu. Seriusly, tertarik dengan cover yang comel. dan juga sinopsis dan sedutan di belakang buku. 

PENCERAHAN : Contest 13 Jam A380

Panas...panas.. hehehhe.. mane ada panas.. tgh beku ni.. maklumlah puasa.. aircond terasa teramat sejuk. hingga ke tulang hitam.. eh.. melampau pulak... okey, rasanya aku nak kasi sedikit pencerahan berkenan contest yang aku join kat sini.

1. Em.. macam rentak Evelah...

- Fine... memang, sebab inikan contest sambungan kepada Bab 27 iaitu Bab 28. So, aku sedaya upaya nak kekalkan rentak Eve. Iyalah, novel tu memang novel dia. Seboleh-bolehnya, nak cuba kekalkan gaya dia. bukan niat nak meniru. Bagi akulah kan.. kalau kita baca novel, tak kiralah novel ataupun e-novel, pasti kita mahu kesinambungannya sama rentak kan.. x derlah ke laut sangat. tapi, itu pendapat masing-masing...

bagi aku, biarlah pada aku sendiri, aku rasa seperti aku membaca novel yang sama. versi yang sama cuma olahan dan plot cerita yang sedikit berbeza.

2. Huh, sungguh x menyokong Fawwaz sedangkan Fawwaz seorang lelaki muslim sejati.

- mcm aku cakap pada perkara 1 tadi.. memang aku ikut keinambungan novel itu. apa yang aku tulis sekadar apa yang aku nak baca. Honestly, tak adalah aku mengharapkan Eve untuk terus memberi trofi kemenangan kepada Haydar sedangkan Fawwaz seorang lelaki yang baik.. no.. bukan itu maksud aku. aku cuma menyambung cerita di mana, Hana terserempak dengan Haydar. So, apa yang aku akan buat agar plot cerita itu, hanya berkisarkan kepada mereka.

3. Kenapa tak munculkan Fawwaz.

- maaflah, bagi aku, Fawwaz bukan watak penting dalam pertemuan Hana dan Haydar.

4.Tiba-tiba muncul Cik Model. Tapi hanya sedikit sahaja kemunculannya

- owh.. itu memang disengajakan. Bagi aku, kalau aku seorang penulis, dan dari pengamatan aku ketika rajin menerjah blog-blog penulis kegemaran aku, pengakhiran sesuatu bab memang begitu. barulah pembaca rasa teruja mahu tahu apakah akan jadi seterusnya.

akhir kalam... (eceh.. ayat skima) aku tak boleh nak puaskan hati semua orang. hanya ini yang termampu. setiap orang ada pendapat dan minat masing-masing. terpulang pada penerimaan masing-masing.. tepuk dada tanya selera... tepuk hati, tanya haydar... ehh... sempat lagi...

PEACE yo....!!

09 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan

Gambar cilok dr pakcik google

Alhamdulillah.... esok dah 1 Ramadhan dan moga dapat diberi peluang dan kesempatan untuk berpuasa dan menyambut hari raya lagi kali ini. Mohon ampun dan maaf andai ada kekilafan yang terjadi sama ada sengaja ataupun tidak. Madam Lola hanya insan biasa yang tak lepas daripada melakukan kesilapan.


06 July 2013

Contest Novel 13 Jam A380





 Marilah kita menyahut seruan dan cabaran Eve untuk sertai contest novel terbarunya yang bakal terbit pada Ogos 2013.. ingat tau.. Ogos... sila sediakan duit, masa dan tenaga anda untuk serbu dan beli novel tersebut di kedai buku berhampiran ataupun direct dengan KS. Dijamin berpuas hati tahap gaban kerana novel ni super awesome best. Ini bukan ayat bodek tau.. well, u know me.. x mainlah bodek-bodek ni...
macam mana aku boleh ada hati nak join contest ni? of coz lah sebab nak jumpa Eve. x kira.. nak jumpa jugak... walaupun, rasanya karya aku yg x berapa ada bakat dalam bidang penulisan ni, bisa membuatkan orang meluat untuk baca, ader aku kisah... hahahha... sorrylah Eve.. den memang x der bakat, bakat menjahanamkan + merapu ada...
well, walaupun aku ni die hard fan Haydar, tapi, x derlah aku nak buat kipas giler-giler Haydar untuk bab 28 ni.. giler ke apa.. hahha... tapi...say sorry to geng bas skolah fawwaz sebab, fawwaz mmg x akan muncul dlm bab 28 versi madam lola.. hehe.. jgn marah na...

moh kiter layan.. 13 Jam A380 - versi madam lola

02 July 2013

Dekat Padamu - Sarnia Yahya




Hemmm... aku ambil masa yang lama untuk habiskan novel ni. Hampir 2 minggu. bukan apa, banyak urusan yang perlu diselesaikan. dengan itu, hasrat membawa, hanya terkubur macam tu jer. Okey, ini karya penulis lama dengan syarikat penerbitan baru. penulis ni menggunakan dua nama iaitu Sarnia Yahya dan Sarnia Yasmin. Ini blog penulisnya.