22 September 2013

Sehangat Rindu - Mohd Fitri Hussin

 

Novel ni aku pinjam dari rumah my SIL.. dah berbulan dah.. dan sebab dah nak pulangkan, so aku baca jerlah. Huhuu.. sangat sadis bila membaca buku ni. Padahal tak ada lama mana pun. Tahun 2004 jer. Tapi, sebab dia banyak menjurus kepada puisi dan sastra, aku lemah sikitlah. Ni sinopsis dia.



Jamilah jatuh hati pada Hakimi, begitu juga Hakimi. Namun masing-masing tidak berani menyapa. Mereka kemudiannya bertemu di alam siber. Namun masing-masing merahsiakan identity sendiri. Pertemuan tak diduga ketika di rumah Farah menyebabkan Jamilah menyedari yang Hakimi adalah orang yang dicintai Farah sebagaimana yang sering diceritakan padanya. Jamilah berasa kecewa namun memendam perasaan sendiri. Tanpa diduga Hakimi meluahkan perasaan padanya. Namun demi persahabatan Jamilah sanggup menarik diri. Hakimi kecewa lantas beralih kepada Ila22 namun sekali lagi dia dikecewakan tanpa menyedari yang Ila22 adalah Jamilah. Jamilah bertekad melupakan Hakimi dan merahsiakan perkara sebenar. Dia lantas menerima lamaran Munir sahabat Hakimi. Bagaimanakah kesudahan cinta Jamilah dan terbongkarkah rahsia yang cuba dipendamkannya? Bagaimana pula dengan cinta Farah dan persahabatan mereka? Segalanya terjawab dalam kisah menarik ini.


 Kisah ini hanya mengenai Jamilah. Bagaimana Jamilah mengikis cintanya hanya untuk seorang teman. Dia tak tahu, teman dia hanya bertepuk sebelah tangan. Aku rasa Hakimi mangsa di dalam kisah ni. Huh, kesian.

Rate: 1/5

No comments:

Post a Comment