26 August 2013

Jodoh Itu Milik Kita - Sara Aisha

 


Iyalah..iyalah.. ML mengaku.. baru beli novel ni lepas tahu dia akan di dramakan...tapi dah lama okey.. masa memula pemilihan pelakon lagi... so.. x adalah ML beli sebab terpengaruh dgn drama...  Dulu, rasa mcm x menarik kot JIMK ni.. sebab rapa pelik pula...sebenarnya ia unik.. rasanya x banyak novel yang cover dia melintang gini....




Hemm.. tapi bila tgk cover utk drama pulak, ML agak, tentu banyak perubahan.. dan ML jangkakan watak Alya akan meleret. Tak seperti dlm novel, watak tu mati mcm tu jer.. hehhe.. tu andaian jerlah...

Watak Aariz memang sesuai giler ngan FK.. hehhehe...tapi bagi aku, watak dia mcm lelaki yg lembut.. bkn bermakna lembut spesis nyah@ sutun tu... tapi lelaki yang soft spoken...

Ni Sinopsis

“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia

“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial

“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?



Aku tak suka dengan watak Shafiq. Terlampau obses dengan Alya dan juga benci gila dengan Aariz... tapi, sifat lembut hati dalam diri dia masih ada. Tang mana? hati dia masih lembut untuk lihat uminya... dan dia sanggup terima juga Dahlia pada mulanya... kiranya, x adalah memberontak terus


Rate:4/5

2 comments:

  1. setuju dengan komen pasal syafiq tu. haha~ kan? kalau tengok drama babak watak Syafiq keluar je, saya fast forward. Malas nak dengar dia yang melodramatik sangat~oh,please.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. ML dah lama x layan JIMK ni..hihihi..x sempat

      Delete