16 June 2013

Rindu Untuk Dia - Dhiya Zafira

 

 Novel ni aku pinjam kat library. Dah lama. Aku rasa, dah lebih dua bulan. Tapi tak berkesempatan untuk baca. Maklumlah, nafzu kepada novel² keluaran terbaru lebih tinggi hingga aku sedikit terlupa untuk menjengah novel yg lama ni.



Mengisahkan tentang kisah Amie Najla (Amie) dan Jad Imran (Jad). Bagaimana mereka bertemu, bercinta dan juga berpisah. Pertemuan kembali mereka telah menjadikan hidup keduanya sama ada Jad mahupun Amie sedikit kelam kabut. Aku tidak suka watak Jad. Lelaki yang begitu setia pada cinta hingga mengabaikan perasaan isterinya sendiri iaitu Suraya. Ya, betul. Amie cinta agungnya, tapi, kenapa sampai abaikan si isteri. Lima tahun dia bersama Suraya tetapi sekelip mata sahaja hatinya melekat kepada Amie kembali. Tidak sedarkah dia akan ppengorbanan Suraya. Ni sinopsis di belakan buku.

Amie Najla' nekad melarikan diri seminggu sebelum perkahwinannya. Tiada niatpun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin di bina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi pada dirinya. Kerana itu dia rela dituduh sebagai pembohong.

Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali ke tanah air. Namun, kepulangananya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa.

Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Malah, cinta yang mereka pertahankan itu mengorbankan satu nyawa

  
Penulis pula seakan-akan  membiarkan watak Suraya begitu sahaja. Memang sekadar watak tempelan. Sepatutnya, penulis boleh terus kembangkan watak Suraya, tapi.. entahlah. mungkin penulis ada sebabnya yang tersendiri.

Kematian Suraya meninggalkan kesan kepada Jad. Tapi, kehilangan Amie tetap memberi kesan yang mendalam. Kita berbalik kepada hakikat jodoh. segala suratan yang ditentukan, tidak mampu kita halang.

Rate :3/4

No comments:

Post a Comment