03 June 2013

Fatamorgana Kasih - Raden Puteri



Aku kecewa bila beli novel ni. Itulah salah satu kekurangan bila beli novel secara online. Apa tidaknya, aku beli buku ni dengan harga RM22 untuk buku yang hanya setebal 208 muka surat. Kalau korang jadi aku, agak-agaknya korang marah tak??? ishk.. aku geram ni.. tersangat-sangat geram. Buku ni x boleh digelar novel. Mungkin boleh panggil CERPEN. Buku ni hanya ada 22 bab sahaja. 



Aku ambil masa yang lama sikit nak habiskan novel ni. sebab???gaya bahasanya sangat-sangat skima. Jalan cerita dia, OK .. tapi.. tulah.. mungkin sebab penulisnya berasal dari Kota Singa. Ayatnya terasa membaca novel dari indo pula....4 helaian pertama murapakan kata-kata aluan penulis. cetakan depan belakang. Aku ambil keputusan utk x baca luahan hati penulis tu. Biarlah. panjang sgt.

Mengisahkan kemelut perasaan Dena terhadap Nazrin dan Reza. Reza cinta pertama yang terpaksa berpisah kerana halangan keluarga lelaki itu. Nazrin yang sentiasa mencetuskan ombak-ombak kasih di dada Dena. Hahah.. auat memang tahap budak-budak  sastera. dan aku minta maaf. aku memang tak ambil sastera masa sekolah dulu.

tapi, aku suka watak Nazrin. Matanng dan sentiasa mendamaikan jiwa. mungkin sebab umur dia kot. kalau x silap aku, beza umur antara mereka adalah 20 tahun lebih. gaya Nazrin memang ikut umur lelaki itu tapi, penampilan dia, mcm berumur 30an lah pulak.

cerita ni berakhir dengan Dena tak memilih sesiapa sama ada Reza mahupun Nazrin. Tapi penulisnya dah cakap, ada sambungan. tapi, aku rasa, sangat tidak berbaloilah membeli buku yang begitu nipis tapi dengan harga yang cukup mahal bagi aku.

cerita ini juga tidak sesuai untuk golongan remaja kerana tidak menitik beratkan soal agama. berpelukan dan mencium dahi tanpa sebarang ikatan dah satu hal, tak timbul pula rasa bersalah. aku juga perasan, penulis tidak menekankan pendekatan tentang kewujudan tuhan. hemmm...

Rate: 2/5



No comments:

Post a Comment