25 May 2013

Sandal Bunga-bunga - Faziela




Hemm.. rasanya pemilihan tajuk memang simple giler. Tapi bila ditengok balik, kebanyakan novel terbitan Jemari Seni memang guna tajuk yang simple. Hemm....Novel yang diterbitkan pada April 2013 ini adalah anak kedua penulis ni. Hem... nantilah aku cari novel pertama dia yang berjudul  Si Mangkuk Tingkat.



Mengisahkan bagaimana pertemuan dua insan yang cuba bangun daripada kekecewaan. Nurul Izza (Izza) kecewa bila kekasihnya, Naqib meninggalkannya setelah 8 tahun bercinta dengan memilih sahabat mereka sendiri untuk dijadikan isteri. Manakala Zahran pula, setelah bertahun di Abu Dhabi,mengambil keputusan pulang ke Malaysia bila kekasih hatinya Deena membuat keputusan untuk bertunang dengan orang lain.

Izza dan Zahran, walaupun telah beberapa kali terserempak, namun tiada yang menyatukan mereka hinggalah keluarga mereka yang kebetulan merupakan kenalan telah mengambil keputusan untuk menjodohkan mereka. Maka bermulalah episod kisah cinta mereka.

Aku suka sifat Zahran. Married him, secara automatik Izza juga berkahwin dengan semua minat Zahra. I like him. Walaupun dia cuba untuk melupakan Deena, tanpa sedar sebenarnya dia telah jatuh cinta kepada si isteri.

Naqib datang merayu kasih Izza. Begitu juga Deena. Namun Naqib lebih rela mengundur diri bila rasa terancam dengan gertakan Nazhan. Tetapi tidak dengan Deena. Baginya, Nazhan adalah miliknya. Apabila perasaan Nazhan kacau dengan rayuan Deena, lelaki itu meneliti sedalamnya tetang siapa yang dia sayang. Finally, dia tahu siapa di hatinya. Bila dia tahu, terus aku teringat lagu the way you are nyanyian  bruno mars. Yup betul Itulah hakikatnya. Bila mencintai seseorang, kita akan suka seseorang itu dengan kelebihan yang dia ada. Tak kisahlah orang lain lebih hebat daripada si dia.

Dugaan mendatang bila Deena bertindak di luar kawalan dan yang menjadi mangsanya adalah Izza. Dia kehilangan anak yang dikandungnya dan mengalami tekanan dan trauma. Tetapi aku puji sikap Zahran. He so sweet. Aku juga suka sifat Izza. Dia bukanlah seorang wanita yang suka dimanja dan mahukan ayat yang romantik bagai. I like her...


Rate:4/5

P:S-   Novel ni macam One Day You'll Be Mine sikit. Ada ex yg psiko. Bezanya, yang tu lelaki. yang ni pempuan. Sadis dan kejam.

3 comments:

  1. Tak boleh nak rasa suka pada novel ini....Zahran is plain obsessive

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi... Lain org lain citarasa... But i like him...

      Delete
  2. Wow.. I'm slowly reading it.. should be a goodread.

    ReplyDelete