27 May 2013

Anthem - Hlovate



aku tak tahulah, hebat mana penulis bernama HLOVATE ni. okey, seriusly, namanya disebut-sebut kerana karya dia. Tapi may be sebab novelnya under Jemari Seni, tu yang sebab aku tak tahu.Heheheh...ampun. Okey, ni novel pertama dia yang aku baca. Tapi, kalau tak silap aku ni novel ke 9 dia dan merupakan novel TERBARU. Tentu korang pelik kenapa aku besarkan perkataan terbaru tukan. sebabnya, cetakan pertama  hingga ketiga novel ni adalah Mei 2013. GILER TAK HOT!!!. Ni bermakna sepanjang promosi untuk PBAKL pun dah 3 kali cetak???gitu ker???aku tak pastilah pula, sekali cetak berapa... tapi si HLOVATE ni, memang kasi gempaklah. 

Novel ni mengisahkan tentang kisah hidup si Nur Dania Dashrin Johari. (Dash). Aku suka tema novel ni. Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future. Dash merupakan anak diplomat dan pastinya hidup merata ceruk dunia. Dia dihantar pulang ke Malaysia ketika berumur 16 tahun kerana perangainya yang "sedikit" liar. tak adalah liar manapun bagi aku, cuma ikut didikan family dialah.

Di Malaysia dia berkenalan dengan Badlee (Lee) si Hitler. Lelaki itu memang macam Hitler. memerintahnya ya Allah, tapi sedikit sweet juga Lee ni. Seriusly, mula-mula aku rasa terkeliru bila penulis cuba selindung perbuatan Dash. Melipat kain putih dan menyembunyikan di bawah shwal. Juga menyorok buku. apa sebenarnya. Then, bila Haikal, iaitu adik Dash yang dapat tangkap Dash sudah berubah dan wearing tudung, barulah aku tahu, ooo.. Dash sorok telekung dengan buku-buku dia. Tapi pelik jugalah, sebab masa memula masuk sekolah di Malaysia, Dash cakap dia sembahyang. Tapi kenapa bila balik bersama keluarga dia terasa kena sorok-sorok. 

Finally, dia ke UK, kembali bersama Lee. Tapi bila rasa couple tu tak ikut syariat, dia minta putus. Lee tak puas hati. Aku sendiripun rasa terkejut. Badlee pun anak diplomat juga, tapi dia tak adalah culture shook bila balik ke Malaysia. Mati-mati aku ingat dia tahu pasal hukum hakam semua. rupanya tidak. then, dia akhirnya menyerah untuk di"clorox" oleh Dash. Finally, mereka kahwin...

So, bila dah habis baca novel ni, aku rasa.. okeylah..memang sempoi giler. Memang ramai pun antara kita, bak kata Dash islam hanya kerana mahu berhari raya. tetapi tidak dalam erti kata sebenar. Wow.. great... memang banyak info dalam novel ni. Walaupun byk giler penggunaan bahasa inggeris tapi sesuailah coz Dash tu memang manusia nomad kan. banyak juga lawak yang sweet antara Dash dengan Haikal dan Lee sendiri. 

Rate: 4/5

28 comments:

  1. Yuor blog is FAntastic,thanks for sharing yuor favorits books :)!
    Hugs from Brazil.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal,
    ke sini setelah terbaca review Anthem by Hlovate di goodreads..seperti saya..ini novel pertama untuk mengenal hlovate..belum ada kesempatan habis menelaah karya ini kerna di bandar ini sudah kehabisan stok!

    Love your review!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassala.. thanks kerana sudi singgah..

      saya pun ada lagi sebuah buku karya Hlovate berjudul Versus yang masih belum dibaca...Anthem memang super fast sale... mungkin kerana Hlovate memang ada peminatnya tersendiri. kalau nak, boleh beli kata MPH online. Insya-allah, stok sentiasa ada.

      selamat membaca

      Delete
    2. saya dah habis baca almost 7 of 9 karya hlovate ..serius ckp ketujuh-tujuh karya penulisan dia memang x mengecewakan !!! lagi2 versus, tunas , aa+bb ...bestttt

      Delete
  3. Nak juga baca karya Hlovate ni, dlu pernah terjah his/her blog for Aa+Bb masa masih undergrad...but didnt finish it sbb dlu mmg bukan kaki novel. haha. will grab one maybe ;)

    ReplyDelete
  4. belum sempat jadi peminat tegar Hlovate lagi.. tu yg belum kumpul semua novel dia.. best ek Aa+Bb... kena carik tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa+Bb best oo...pernah baca dulu time sekolah menengah. Kali kedua masa lepas grad (5 tahun lepas tu, lupa dah) memang sangat enjoy dan tak cope nama penulis. Kali ketiga lepas saya try search siapa Hlovate.Wah! Sebenarnya sy dah pernah baca novel Hlovate rupanya...Cuma dulu baca tak tengok penulis dan saya memang pelupa. he he he.
      dah cari belum?

      Delete
    2. belom.. versus pun x sempat baca lagi.. kekke.. tgh pulan buku2 yg baru... yg lama nantilah..

      Delete
  5. aA + bB my first Hlovate... bought it on Saturday.. read it on Monday and finished it on Monday juga... read my review about it at sikenet.blogspot.com ... kalau sudi la... hehe

    p/s: saya juga bukan peminat tegar Hlovate... saya juga bukan peminat tegar novel melayu... tp read a lot of malay novel compared to english novel lately...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks net coz singgah.. ML ada beberapa biji novel english, tapi hanya menyepi di rak.. kononnya nak habiskan koleksi novel melayu dahulu. sbb mesti take time nak baca novel english. tapi tulah, asyik beli novel baru je.. mcm mana tu...

      Delete
  6. peminat tegar Hlovate di sini.Madam Lola,Hlovste memang best-bagi saya lahh.trylah baca Aa+Bb or Tunas.gempakk.hehe,,sebenarnya blogwalking jeh dekat sini.feel free to drop a visit to my blog http://bynuratikaaziz.blogspot.com thanksss sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for coming.. tulah.. mmg next year nak kumpul & "baca" karya Hlovate ni.. hehheh... byk karya yg sekadar kumpul dan x sempat baca...

      Delete
  7. salam...madam lola...wah...saya pun bkn tegar sgt ngan Hlovate ni...tp slalu jgk lyn novel2 dia...tp sy tersangat sure ML will love versus sb ML suka anthem..stail menulisnya santai best...try la Aa+Bb..novel tu yg membuatkan saya "melekat" ngan Hlovate ni..
    btw..your review suprisingly same with me..

    ReplyDelete
    Replies
    1. isabella... ML x leh masuk sgt dgn VERSUS. ML lebih tertarik dgn Rooftop Rant.

      Delete
  8. sayaa memangg peminat setiaa Hlovate . Kamii geng2 budak SBP memangg sangat terujaa nak carik siapaa sebenarnyaa Hlovate . beliilaaah ceritaa Hlovate . sesuaii dengan semuaa peringkat umur :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... semua org teruja teka siapakah Hlovate tu..
      he/she..
      kadang2 nmpk mcm he... kadg2 mcm she...
      tapi ramai yg kata pernah jumpa ckp she.. x tahulah

      Delete
  9. assalam, saya pon bru lpas hbs bca novel nie. Superrr best! mcm2 ilmu yg saya dpt. Hlovate pndai research kata2 dri german, perancis mcm2 lgi. rsa mcm kita ad dkt tmpt tu skali. Hlovate mmg terbaik.

    ReplyDelete
  10. I have read her novel. I think 'she' is a 'girl' ;p.

    ReplyDelete
  11. yg pasti novel hlovate ni bukan dia tulis untuk saja2.. mesti ada something yg dia nak sampaikan melalui isi2 dalam buku tu. kalau ML ada perasan, dia selalu selitkan buku2 yang watak heroin baca masa dalam tempoh perubahan. hiks. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...
      smp ML duk tercarik²lah buku-buku tu..
      bkn apa, ilmu kalau x dicari, mmg x jumpa.
      benda yg baik dikongsikan

      Delete
  12. Karya ptama dri hlovate yg sya baca a+b..then trus kumpul smua novel2 dia. Slps Anthem tak ada lgi kan novel dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya mcm x ada. x pun ML yg tertinggal kereta api.. hihiih

      Delete
  13. saya nak baca contengan jalanan dan anthem.. tapi masih ade jual lagi x rasanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa PBKL hari tu x nampak.. cuba cari dekat popular.. x pun join buku prelove dekat FB

      Delete