12 February 2013

Amir Minah Macho - Ummu Wafa

Perkenalan Ariel Iskandar (Ariel) dengan Amir menguntum bunga² cinta. Ariel terpukau kepada mamat jambu yang putih  bersih ketika membaiki keretanya yang rosak di tengah jalan. Tanpa Ariel tahu, mamat macho itu adalah Amira Batrisya yang pada masa yang sama juga telah jatuh cinta kepada Ariel. Oleh kerana perasaannya itu, Amir telah berlakon menjadi bisu.


Pertemuan mereka bukan setakat itu sahaja. Amira terpaksa bertunang dnegan rakan sekampungnya sendiri iaitu Mail yang merupakan anak ketua kampungnya. Rupa paras Mail yang handsome bergaya tidak mampu mencairkan perasaan Mira kerana peristiwa 5 tahun lepas di mana mereka telah ditangkap berkhalwat di sekolah dan tanpa pengetahuan Mira itu semua adalah rancangan Mail kerana ingin memiliki Mira.Lakonan berkesan ibu Mira membuatkan Mira terpaksa bertunang juga dengan Mail. Sekembalinya ke Kuala Lumpur Ariel meluahkan perasaannya kepada Mira dan ianya disambut baik oleh Mira. 

Pertemuan Mira dengan Encik Yusman secara kebetulan Encik Yusman datang ke bengkel kereta Amira membuatkan Mira terkedu. Rupa paras  Encik Yusman yang saling tak tumpah seperti kembarnya Hadi yang ketika itu menuntut di Ireland  menyebabkan Amira mula menyiasat tentang latar belakang ayahnya yang dikatakan telah mati oleh ibu mereka. Dan kebenarannya Yusman adalah ayah Amira.

Hubungan cinta Amira dan Ariel ditentang oleh ibu Ariel kerana mengganggap Amira tidak sepadan dan setaraf dengan Ariel. Keegooan ibu Ariel menyebabkan wanita itu kehilangan anak sulungnya Anuar yang tidak mahu kembali ke tanah air apabila pergi belajar ke luar negara dan juga anak perempuannya juga Afifah kerana berkahwin dengan orang miskin.Amira akhirnya mengalah apabila tidak mahu menjadi anak durhaka dan juga tidak mahu Ariel dibuang keluarga kerana mengulangi kesilapan Afifah.

Semasa ingin pulang ke kampung, Amira telah diragut. Semasa ingin mengejar peragut itu pula, dia telah dilanggar. Ramai yang bersedih atas "pemergian" Amira. Mail terpaksa mengikut kemahuan ayahnya untuk berkahwin dengan gadis lain. Hadi juga kecewa, Ibu Amira sering bercakap seorang dan Ariel pula semakin aktif menjadi pengikut tabligh.

Semasa ke Terengganu dalam berdakwah, Ariel hampiir terlanggar seorang gadis . Namun dia tiba-tiba rasa terjatuh cinta kepada gaadis itu walaupun pada ketika itu gadis itu memakai jilbab. Hanya memandang matanya, Arie telah jatuh cinta. Dia berjanji akan mencari gadis itu.

Mega Sakinah pula telah jatuh hati kepada suara imam yang mengimamkan solat mereka di masjid. Air matanya bercucuran bila mendengar suara lelaki yang tidak dikenali itu lalu menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk meminang imam tersebut kepadanya. Apabila mengetahui Mega Sakinan merupakan gadis yang sama dengan gadis berjilbab itu, Ariel terus bersetuju. 

Namun begitu, Mega Sakinah mempunyai sakit hilang ingatan. Dan keluarganya telah membawanya untuk mendapatkan rawatan di KL.Sewaktu melihat Hadi, Mega Sakinah terkejut kerana wajah Hadi sering hadir dalam mimpinya. Lalu dia bertanya sama ada Hadi mengenalinya atau tidak. Apabila jilbab dibuka, tahulah Hadi bahawa Mega Sakinan merupakan Amira kembarnya.

Amira dibawa ke kampung berjumpa dengan keluarganya dgn harapan akan pulih dari sakitnya. Setelah sembuh , Ariel dan Amirapun berkahwin.. happy ending....

Rate: 4/5

No comments:

Post a Comment