10 January 2013

Setia Menanti - Fauziah Ashari



huh.. jenuh nak buat review novel ni.... sebab ape???rasanya watak dia sangat mendukacitakan hati beta.. jom layan review

kisah kegusaran hati Rina, apabila ayahnya berkahwin lagi. bukan x suka kepada ibu tirinya ini tetapi anak lelaki ibu tiranya itu yang membuatkan hati dia seakan resah. Mana tidaknya, Ajmal merupakan seniornya semasa di sekolah dulu dan yang penting, di pernah meluahkan rasa hatinya kepada Ajmal tetapi jejaka itu menolaknya mentah-mentah. Kini dia terpaksa berdepan dan serumah pula dengan lelaki yang sememangnya bertakhta di dalam hatinya sejak dulu lagi.

Ajmal baru merasakan perasaan sayang dan cinta kepada Rina, sedaya mungkin ingin meraih cinta gadis itu. Setelah diterima, hasrat murni mereka ditentang oleh ayah Rina. Rina akan dikahwinkan dengan anak kepada  kenalan ayahnya. atas bantuan ibu  kandung Rina, akhirnya semua keluarga merestui hubungan mereka dan akan ditunang dan dikahwinkan dalam masa 2 bulan.

dalam tempoh itu, Ajmal bertemu kembali bekas kekasihnya, Fatihah yang meninggalkannya satu ketika dulu, Kerana kegusaran hatinya, dia mohon percepatkan tarikh pernikahan dia dan Rina dipercepatkan... dia risau hatinya akan terpaut kembali kepada Fatihah. Namun cadangan itu tidak dipersetujui oleh keluarga mereka.

Sesuatu menimpa Fatihah di mana telah dirogol oleh majikannya Roslan. Fatihah akhirnya mengandung. Tetapi, gadis itu terlalu lemah imannya... demi menyelamatkan akidah Fatihah, Ajmal sedia menjadi suami dan menyatakan kepada Rina, mereka x ada jodoh... kat sini aku memang x puas hati.. kot iya pun nak tolong orang tu, jgn sampai sakitkan hati insan yang ko sayang.. ni x .. sesuka hati jer sakitkan hati Rina.

meranalah Rina seorang diri. tetapi tidak dikhabarkan kepada sesiapa... hanya menanggung seorang diri... pada keluarga dikhabarkan baik-baik sahaja. kerana dia x nak ada yang terluka... tapi pelik juga dengan pendapat penulis ni.. katanya, Rina seorang yang kuat memberontak.. tapi bila dibaca.. Rina langsung x memberontak... tidak pernah sekalipun... dia hanya mendiamkan diri dan akur sahaja.. tu dikira sebagai memberontak ker...sedangkan dia sentiasa menjaga hati insan-insan yang dia sayang walaupun hatinya terluka... macam salah jer defination "memberontak" yang digambarkan oleh penulis... tapi x tahulah.. pendapat masing²lah...

demi menjaga hati, pertunangan mereka tetap diteruskan... setelah setahun, Rina rapat dengan Zulfarish... seorang client nya... aku suka watak Zul ni.. seorang yang setia.. dan aku benci dengan sifat Rina dan Ajmal.. pentingkan diri... sesuatu dan fitnah terjadi apabila Rina dan Ajmal terpaksa berkahwin sedangkan pada masa tu, Rina sudah memberi peluang kepada Zulfarish. Ajmal yang sering cemburu dengan Zul telah mengambil peluang bernikah walaupun dia tahu Rina x sudi...

Fatihah mengetahui akan pernikahan Ajmal dan Rina telah menyusun startegi  untuk rapat dengan keluarga RIna.. bila sampai part ni aku baru teringat, macam pernah baca jer novel ni... dan emosi yang sama juga berlaku pada aku masa baca buku ni dulu...

aku memang x suka watak Rina... dan juga Ajmal.. bagi aku Ajmal tamak... nak kata dia x bahagia dengan Fatihah tipulah... dia memang bahagia... tapi sifat tamak  untuk memiliki Rina dia sanggup biarkan gadis tu menderita. Dia puas miliki cinta dia.. tapi dia x tahu orang lain menderita.. Rina pula..kenapalah sibuk menagih cinta Ajmal... sanggup kehilangan cinta sejati Zulfarish kerana cinta pada Ajmal.. kalo aku, sanggup menerima orang yang cinta pada ku daripada mengharap kasih daripada orang yang beberapa kali melukakan... memang jenis x serik ni...

cuma bezanya, penulis matikan watak Fatihah... dan membolehkan Ajmal mendapatkan cinta Rina kembali.. cuba kalo penulis terus hidupkan watak Fatihah.. macam mana agaknya????dan aku pasti, sememangnya Rina akan bahagia disamping Zulfarish....

Rate 3/5

No comments:

Post a Comment