28 December 2012

Hingga Ke Akhirnya - Siti Nur Dhuha

masih seperti novel yang pertama, aku masih terkekek² baca novel ni... mamang banyak idea betollah  penulis ni... idea kelakar yang mampu buat aku gelak... kalo orang lain baca Ujang boleh gelak².. aku hanya senyum jer.. tapi novel ni, mampu aku gelak ... 


rentetan dari kisah Tengku Khuzairi dan Mimi Atia dalam ASC, HKA terus menyambung bagaimana penerimaan Atia terhadap Adam Lavine a.k.a Tengku Khuzairi. Kali ini Tengku lebih banyak bersabar. kerana nak memenangi hati isteri tercinta. Family Atia pun sangat sporting dengan Khuzairi.. memula cerita aku dah gelak terbahak² apabila setiap kata-kata Atia  selalu di adukan kpd mak mertua si Khuzairi ni... dan, mata Khuzairi yang lebam kerana di tumbuk Atia pun menjadi satu bahan jenaka yang amat aku x tahan untuk gelak...

selain itu, penulis begitu berani munculkan watak antigonis yang sedikit baik hati... kira jahat² manja gitu... alah.. nak buat jahat tapi macam x sampai hati pas tu boleh lak x jadi buat... hihihih... kasih sayang Atira dan Khuzairi teruju bila mereka dibuang jauh ke tengah hutan oleh Raja Insyirah, sepupu Khuzairi kerana sakit hati khuzairi menolak cintanya. di situlah berputik kembali cinta Atia... mereka sanggup bersusah payah bersama-sama... tapi yang x paham nya dengan Khuzairi ni, asyik nak minta hak dia sbg saumi jer... hishk.. kat tgh utan pun nak jugak ker...x pikir ker mcm mana nak solat ker aper.. sebab, dalam hutan tu mereka mamang x meninggalkan solat...

sadis terjadi bila mereka terpisah ketika lari dari serangan harimau dah terjatuh dari air terjun... tapi lepas tu mereka berjumpa semula tapi terpisah juga... Atia diselamatkan Angkasa, dan Tengku Khuzairi pula diselamatkan Anggerik.. tapi sayang Khuzairi hilang ingatan... rasaya... x hilang kot... tapi kena sihir ngan si Anggerik....Anggerik mengarahkan orang² membunuh Atia... kerana fikirkan keselamatan Atia, Angkasa cakap, suaminya dah mati.. meranalah si Atia ni.. menangis siang malam...tak sampai hati pulak si Angkasa... 

sesuatu terjadi, bila Atia tahu suami nya masih hidup, dia terus pergi mencari Khuzairi... dan Khuzairi cuba membunuhnya.. sebenarnya khuzairi dah ditanam perasaan benci oleh Anggerik... kata Anggerik, Atia perempuan jahat kerana mahu memisahkan mereka.. oleh itu, Atia wajib dibunuh. Tapi sempat dihalang oleh Angkasa. Angkasa ni sebenarnya adik Anggerik tapi berlainan fahaman dan pegangan agama. kerana sedih suaminya sudah melupakannya, Atia rela dengan menarik pedang Khuzairi hingga merobek perutnya... x sudah dengan itu, Anggerik mendera Atia lagi dengan mengikat di pokok dan menyuruh Khuzairi memukulnya  dengan cemati. Angkasa bertindak sebagai penyelamat dan sanggup menjadi musuh Anggerik. Angkasa sayang pada Atia kerana Atia banyak mengajar ilmu agama kepadanya.

semasa Angkasa membawa Atia lari, dia dihalang oleh seseorang bertopeng dan membawa lari Atia ke satu tempat tersembunyi. Dia mengubati luka Atia.. tapi masa tu, atia demam dan kesejukan... lelaki tu tidak dapat menahan nafsu dan memperkosa Atia tanpa Atia sedar.... setelah pagi, dia pergi.... Atia belajar ilmu mempertahankan diri dari Angkasa untuk menyelamatkan Khuzairi. Akhirnya mereka selamat kembali apabila Raja Insyirah kembali mencari mereka dalam hutan tu...

apabila pulang, Atia masih tidak mahu Khuzairi menyentuhnya...alasan , dia masih ingat khuzairi memukulnya dengancemati... hangin si Khuzairi.. tapi dia x tahu sebenarnya.. Atia pregnant masa tu...tapi x tahu siapa bapa kandungannya. Apabila Khuzairi sudah tahu, dia x sanggup terima...dia suruh Atia pergi jauh dari dia... tapi dia x mahu ceraikan Atia.. Atia sanggup gugurkan kandungan, tapi Khuzairi ckp, anak tu x berdosa...

Atia membawa diri lagi. Kali ini Khuzairi semakin nanar... dia akhirnya dapat menjejak Atia. Tapi bersama misinya, gugurkan kandungan Atia... cubaan pertama gagal, tapi cubaan kali kedua dia hampir berjaya. Namun ketika itu, dia dapat bayangan tentang peristiwa di dalam hutan... usaha untuk menyelamatkan Atia seakan disekat.. talian telefon tiba² tiada, kereta pun x boleh dihidupkan.. Akhirnya Khuzairi pasrah, dan membawa Atia yang tidak sedarkan diri di dalam hujan . Namun mereka dilanggar musuh lama... dalang sebenar kejadian² yang menimpa mereka... 

sedar dari koma, Khuzairi mencari Atia, tapi sayangnya, Atia sudah meninggal... berkelana hidupnya ... selama  4 tahun jugalah dia hidup dalam penyesalan... kerana kekilafan diri sendiri...abangnya sentiasa mencari calon untuk Khuzari jadikan isteri, tetapi dia x mahu... dia hanya mahu Atia menjadi isteri pertama dan terakhir buat... hamboi... ader ker lelaki kat dunia ni mcm tu????hahhaha.. 

then hatinya terbuka untuk menziarah kubur Atia. sebelum ini keluarga Atia memang tidak mengizinkan mereka semua menziarah. tapi di degilkan hatinya juga untuk pergi.. dan di situ, terungkai segalanya,.. Atia masih hidup tapi lumpuh...Khuzairi bawa balik Atia walaupun tanpa kerelaan wanita itu....

Endingya, Atia dah boleh jalan balik.. ada sesuatu yang terjadi mengejutkan perasaan cintanya pada Khuzairi masih ada... yang kelakarnya tengku Ezairy dan Muslim masih menyimpan rasa pada Atia dan rasa cemburu bila melihat kemesraan Atia dan Khuzari...

Rate :5/5 - jalan cerita best.. tapi baca 2-2 lar... baru rasa citer ni best...

No comments:

Post a Comment