18 December 2012

Di Hujung Ranting - Indah Hairani

Selesai sudah bacaan Di hujung Ranting. Mengisahkan tentang Mawardah, gadis yang kaya dengan sifat penyabar, santun dan penuh kelembutan gadis melayu. Dibesarkan oleh emak saudaranya di perkampungan di Terengganu. Perkenalan secara tidak sengaja dengan Amar membuatkan hati lelaki itu berbunga ... tapi Amar x meluahkannya.


Terjadi perkara yang x disangka apabila Mawardah dipinang oleh abang Amar. Pada ketika itu, abang Amar, Hakim dipaksa menikahi Mawardah setelah bercerai dengan isterinya Fatin. Perkahwinan Fatin dan Hakim sememangnya tak direstui oleh keluarga namun kerana cinta, keluarganya menurut sahaja. Pada malam pertama, Mawardah sudah ditinggalkan sang suami kerana menjenguk bekas isteri yang kononnya dirompak. padahal itu hanya lakonan semata-mata.

hancur luluh hati Amar apabila mengetahui Hakim mempersiakan Mawardah dan membiarkan gadis pujaannya itu menderita. Apabila Fatin kehilangan anaknya dan berpura-pura meroyan, Mawardah ditinggalkan Hakim dengan alasan Fatin lebih memerlukannya. Mawardah yang sarat ketika itu hanya sabar dan langsung tidak membantah. 

kelahiran Amar Hakimi juga disambut dingin oleh Hakim ketika itu berada di luar negara kerana membawa Fatin bagi menghilangkan penyakitnya.. alasan jer tu... hanya Amar tempat bergantung. sedih hati aku apabila Amar cakap dia lakukan semua adalah untuk anak saudaranya dan juga orang yang dia sayang. 

akhirnya, bila Hakim pulang ke tanah air, dia x dapat menjejaki Mawardah kerana tiada seorang pun tahu ke mana Mawardah pergi. Mawardah pergi membawa diri setelah menerima sms dari Hakim yang ditaip oleh Fatin tanpa pengetahuan Hakim di mana Mawardah tidak perlu menunggunya lagi kerana dia bebaskan Mawardah...

cerita ni memang tergantung. tapi dah tulis tamat.... kisah dia memang sad ending... tapi... bila aku google, dapat tahu ada pula sambungannya, Di Hujung Ranting 2... nak kena cari ni... Aku geram dengan Amar... hahhaha pasti korang pelik kenapa aku geram kat Amar bkn Hakim... x kisahlah ngan Hakim tu, tapi kenapalah Amar masih x nak berterus terang lagi tentang perasaan dia.... dah tahu abang dia aniaya Mawardah, silalah gagahkan mulut tu... sampai hati tgk orang yang ko cinta di sakiti....aku harap sgt², DHR2 tu, Mawardah terima Amar... please... please... nak kena cari novel ni lah hujung minggu ni...





ni sinopsis DHR2....bila dah baca sinopsis ni... lagi berkecamuk nak mencari 


Rate: 4/5

No comments:

Post a Comment