06 January 2012

Alfatihah : Noria Idris

aku bukanlah sesiapa dengannya.. bukan sahabatnya.. tidak pernah mengenali dia dan suaminya.. juga tidak pernah mengenali keluarga serta kaum kerabatnya... dia juga bukanlah artis ternama, juga bukan golongan bangsawan yang terkenal ....namun.. apa yang terjadi pada dia memang menyentuh perasaan...
mungkin persamaan kami adalah sesama islam, sesama jantina dan sesama negeri.. itu sahaja... tapi rasanya.. ia sudah cukup untuk menjelaskan perasaan ini kepada dia... aku mula mengenali dan mengetahui dia ... melalui FB seorang teman lama... yang mohon pertolongan bekalan darah pada ketika itu... siapalah aku untuk menolongnya ketika itu, sedangkan aku jauh di Putrajaya sedangkan dia.. di negeri kelahiranku... lagipun.. aku berdarah A+ dan dia amat memerlukan darah B-ve...

berat sungguh dugaan kepada pengantin baru ini,... aku katakan pengantin baru kerana beliau baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada disember 2010.. dan menghembuskan nafas pada tahun 2011.. juga pada bulan Disemeber.. Namun, Allah telah menjanjikan.. mati itu pasti... tiada ada yang boleh melambatkan atau mempercepatkan nya....
Credit to her friend

anaknya, Rayyan Ikhwan, masih bertarung nyawa... melihat keadaan baby yang cukup comel ini, mengundang sebak, siapa sahaja yang memandang dan melihatnya.. hati wanita mana tidak tersentuh bila bayi ni tidak sempat mengenali ibunya apatah lagi merasa kasih sayang .. to his father , Akram.. be strong....

Noria... sebagai lambang wanita yang syahid...semoga ditempatkan dikalangan orang² yang terpilih.... amin...
lagi cerita mengenainya melalui blog rakan² rapatnya yang cukup terasa akan kehilangannya....

kat sini.... dengan sini dan juga kat sini    update about her son ..must read....

from FB her brother

No comments:

Post a Comment