23 July 2011

Malaysia vs Singapore-Kelayakan Piala Dunia 2014

baru tiba dari rumah my MIL. Minggu ni, tanpa perancangan, terus pergi ke Gombak atas permintaan si Lovelyainz dengan tiba-tiba semasa minum pagi kat my favorite mamak's stall... nak tak nak kami turutkan juga sebab esok, pakcik nak siapkan dia punyer projek yang ntah bila akan siap. harap² dia boleh siapkan before August. Kalau tidak, dia terpaksa menunggu setahun lagi untuk konvo.

oklah.. tinggalkan pasal pakcik.... entry ni sebenarnya nak meluahkan perasaan aku pada team Malaysia dalam pertandingan Kelayakan Piala Dunia 2014 antara team Malaysia melawan Singapore. Aku ni bukanlah tahu sgt pasal dunia bola ni nak-nak berkaitan rules dan position dia.. lagilah hampeh, tapi aku boleh tgklah kalo seseorang tu bermain dengan bersungguh-sungguh atau sekadar melepaskan batuk ditangga. aku agak terkilan dengan barisan pertahanan negara. dari awal aku tengok, memang setiasa mudah dibolosi lawan. si Qui lie(kot .. ntah mcm mane lak ejaan nama dia.. malas nak tanya pakcik google.) yang berbadan besau tu pun dengan senang jer lolos... aku juga kecewa ngan keeper... hai.. dia boleh tgk macam tu jer bola lalu.. kalo sebelum ni aku geram kat si apek, dalam games ni pun, x der perubahan juga walaupun keeper berlainan.
aku berharap sangat mlm khamis nanti, raja gopal(ntah.. raja gopal ker raja gobal... kejap gopal, kejap gobal... pening cheq..) dapat menurunkan player favorite aku iaitu gandingan mantap Amirul hadi, Safie, Kunalan, ngan Shafiq.. tapi sayangnya our kapten dah kena kad merah.. so, i'm not sure mcm mane this thusday.. harapnyer diarang bknnya tunggu team Singapore tu penat dulu baru nak bertindak....
finally .. kiter kalah 3-5 ngan singapore. hemm... ..

No comments:

Post a Comment